+(6)07-55 33094 / 31817 / 33135 / 33139 / 31873
Map Unavailable

Date/Time
Date(s) - 08/05/2017
8:00 am - 10:00 am

Category(ies)


Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan(Mei) bersama YBhg. Datuk Naib Canselor yang akan diadakan pada 08 Mei 2017 (Isnin).

Mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot di dalam perhimpunan bulanan ini perlu memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

Bagi permohonan slot (perasmian, pelancaran, penghargaan) sila e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my) . Manakala bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid) mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk pertimbangan sewajarnya.

Perincian Perhimpunan Bulanan (Mei) adalah seperti berikut:
Tarikh : 08 Mei 2017 (Isnin).
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.
ii.
Dewan Senat & Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru. [LINTAS LANGSUNG]

Pakaian:
– Pakaian korporat.


Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM KL & UTM JB)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.