JAPANESE SCHOOL & JAPANESE CULTURE

JAPANESE SCHOOL & JAPANESE CULTURE

 

Akademi Bahasa UTM Johor Bahru akan menganjurkan Program “Japanese School and Japanese Culture” yang akan disampaikan oleh pelajar daripada Bunkyo University dan guru-guru Sekolah Menengah Japan pada 10 Ogos 2017 mulai jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Seminar 1, Aras 3, Blok D05 Akademi Bahasa UTM Johor Bahru.

Sehubungan dengan itu, semua staf UTM yang berkelapangan adalah dijemput untuk menghadiri program ini. Kehadiran saudara dalam program ini akan direkod dalam sistem UTM SMILE dan diambilkira sebagai CPD staf.  Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta (F.O.C).