+(6)07-55 33094 / 31817 / 33135 / 33139 / 31873 languageacademy@utm.my

RASMI

Assalam dan Salam Sejahtera semua.

Pertamanya bagi pihak Pengurusan Akademi Bahasa,  saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Kareem Al Mubarak 1439H/2018M.

Didoakan semoga semua kita berada di dalam keadaan sihat sejahtera bagi menjalani ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

Bersempena menyambut bulan Ramadan 1439H (2018), pihak Akademi Bahasa akan meneruskan program seperti tahun-tahun yang lepas dengan mengadakan Program Tadarus sepanjang Ramadhan 1439 H ini.

Program Tadarus ini akan bermula pada 20 Mei 2018 (Ahad). Program Khatam Al-Quraan dan Majlis berbuka puasa peringkat Akademi Bahasa pula perancangannya akan diadakan pada 7 Jun 2018 (Khamis).

* Bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk menyumbang apa jua sumbangan dari segi wang ringgit, makanan, minuman dan sebagainya amat-amat dialu-alukan. Mohon berhubung dengan Pn Farha bagi tujuan tersebut.

* bagi staf yang bukan beragama Islam, dijemput hadir *ketika jamuan bagi sama-sama memeriahkan program yang dianjurkan oleh pihak Akademi Bahasa ini.

Berikut adalah nama-nama Ketua bagi program Tadarus AB tahun ini. Mohon untuk meletakkan nama masing2 dalam kumpulan yang berkenaan dan menghubungi ketua terlibat untuk menetapkan masa dan lokasi aktiviti tadarus masing2 :-

i. En Faizal Yamimi (K) : Juzuk 1-3

ii. Dr. Noor Aireen (K) : Juzuk 4-6

iii.  Dr. Masdinah (K) : Juzuk 7–9

iv. En Hafiz (K) : Juzuk 10–12

v.  Dekan (K) : Juzuk 13–15

vi. PM Fatimah Puteh (K) : Juzuk 16–18

vii. Cik Siti Khadijah (K) : Juzuk 19–21

viii.  Pn Haliza (K) : Juzuk 22–24

ix.  Dr. Adlina (K) : Juzuk 25–27

x. Pn Faridah (K) : Juzuk 28-30

Akhirkata segala kerjasama dan keprihtinan semua pihak AB dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Akademi Bahasa
UTM
16hb Mei 2018